Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak

May 06, 2016 | 10:03 AM



KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kempen politik panas di Sarawak, sebuah helikopter yang membawa orang kenamaan Malaysia daripada kementerian perdagangan hilang petang Khamis (5 Mei).



Helikopter itu, dengan enam penumpang, termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, hilang sekitar 5 petang dalam penerbangan ke Kuching dari Betong, bandar kecil di timur Sarawak.



Menurut laporan, pengawal trafik udara terputus hubungan dengan helikopter itu semasa ia dekat Sebuyau.



Operasi mencari dan menyelamat telah dikerahkan. Helikopter itu setakat ini belum dijumpai.



Dalam satu sidang media sebelum tengah malam Khamis, pihak berkuasa berkata mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.



Sepasukan pegawai polis dikerah ke kawasan yang diperiksa tiga kali, tetapi tidak melihat sebarang tanda helikopter, wartawan diberitahu.



Selain Datuk Noriah, yang juga Anggota Parlimen (AP) Sungai Besar, turut berada dalam helikopter itu ialah suaminya, Encik Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha kementerian itu, Dr Sundaran Annamalai; AP Kuala Kangsar yang juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad; pegawai peribadi Ahmad Sobri Harun; dan juruterbang Rudolf Rex Ragas.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata di Twitter beliau telah mengarahkan tentera udara dan darat bekerja bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.



Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata satu pasukan petugas khas terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan angkatan tentera telah dibentuk untuk menyiasat kejadian itu.



Pihak berkuasa dijangka meneruskan carian pada Jumaat.



Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini (7 Mei), dengan para menteri di negeri itu berkempen sepenuhnya.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mengulas mengenai kejadian itu Twitter.



"Amat bimbang tentang laporan helikopter hilang antara Betong dan Kuching... Marilah kita mendoakan keselamatan mereka."



Akhbar The New Straits Times berkata Datuk Seri Najib akan mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Jumaat (6 Mei) pada 9.30 pagi selepas membatalkan lawatan ke Lundu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >