Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Helikopter milik pengerusi Leicester City, warga Thai Vichai Srivaddhanaprabha, terhempas

Oct 28, 2018 | 02:30 PM



 





LEICESTER (Eengland): Helicopter milik jutawan Thai Vichai Srivaddhanaprabha terhempas pada Sabtu (27 Oktober), berhampiran stadium kelab bola sepak British Leicester City yang dimilikinya.



Helikopter itu dilihat dijilat api menerusi beberapa gambar yang dipetik menggunakan telefon bimbit dan seorang jurugambar AFP berkata beliau melihat asap keluar dari bangkai helikopter.



Helikopter itu terhempas selepas perlawanan Liga Perdana England antara Leiceister City dengan West Ham di Stadium King Power.



Polis di kawasan itu berkata:



“Kami sedang menangani insiden di kawasan Stadium King Power. Khidmat kecemasa lain juga sedar dan sedang berusaha menanganinya.”



Srivaddhanaprabha, seorang peniaga yang telah melaburkan jutaan dolar bagi kelab itu, biasanya meninggalkan stadium dengan menaiki helikopter setiap kali beliau menyaksikan perlawanan di sana.



Helikopter itu akan naik ke udara dari padang stadium itu.



Jurugambar bebas Ryan Brown, yang sedang membuat liputan perlawanan bola sepak itu berkata beliau melihat helikopter itu terbang keluar dari stadium sebelum jatuh.



Identiti juruterbang dan sebarang penumpang di dalam helikopter itu belum dapat dipastikan.



Dalam kenyataannya, kelab itu berkata: “Kami sedang bekerjasama dengan Polis Leicestershire dan agensi keselamatan lain untuk menangani insiden besar di Stadium King Power.”



 Pegawai di syarikat King Power di Thailand, pada Ahad, berkata mereka tidak boleh mengulas tentang insiden itu.



Dua pegawai King Power yang dihubungi Reuters berkata mereka tidak boleh memberi pengesahan atau menafikan sama ada Srivaddhanaprabha  berada dalam helikopter itu.



Srivaddhanaprabha, yang memiliki syarikat King Power, membeli Leicester City pada 2010 dan menjadi pengerusinya pada tahun selanjutnya.



Pemain bola sepak Leicester City, Jamie Vardy dan Harry Maguire masing-masing menerbitkan lambang tangan sedang berdoa di Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >