SERANGAN SIBER GLOBAL

Hingga 200,000 jadi 'mangsa', jumlah dijangka terus meningkat

LONDON: Serangan siber global yang dilancarkan Jumaat lalu telah melanda 200,000 mangsa di sekurang-kurangnya 150 negara, dan bilangan tersebut mungkin boleh meningkat lagi apabila orang ramai mula bekerja hari ini, kata ketua agensi polis Kesatuan Eropah (Europol) semalam.

"Serangan global itu tidak pernah berlaku. Kiraan terbaru adalah 200,000 mangsa di sekurang-kurangnya 150 negara, dan para mangsa itu kebanyakannya adalah perniagaan, termasuk syarikat besar," kata Pengarah Europol, Encik Rob Wainwright

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan