Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hingga 3.8 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya M'sia sepanjang cuti CNY

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mulai hujung minggu ini, kira-kira 3.8 juta kenderaan akan melalui lebuh raya serata negara dalam 'penghijrahan' musiman balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY).



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata dengan peningkatan jumlah trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan aliran trafik lancar, serta keselamatan pengguna jalan raya.



Kedua-dua LLM dan syarikat konsesi lebuh raya akan beroperasi sepanjang masa dengan kakitangan tambahan yang akan dikerah bertugas, kata Datuk Nanta.



"Kami akan memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik, dan menyediakan lorong tambahan di plaza tol bagi mengurangkan kesesakan," katanya ketika diwawancara dengan Bernama Radio semalam.



Tambahnya, trak tunda turut disediakan di lokasi terpilih bagi membantu sekiranya berlaku kemalangan.



Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya yang melibatkan penutupan lorong juga akan dihentikan mulai Jumaat ini hingga Rabu depan, bagi mengelak aliran trafik terganggu, tambahnya.



Menurut Datuk Nanta, terdapat 4,379 kematian daripada 402,626 kemalangan jalan raya antara Januari dengan September tahun lalu.



Dalam pada itu, media Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan peningkatan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuhraya KL-Karak sempena perayaan tersebut berbanding hari biasa.



Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi, berkata dianggarkan 171,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu setiap hari mulai Jumaat ini berbanding purata harian 100,000 kenderaan.



"PDRM akan terus mengatur strategi dan mengambil inisiatif untuk memastikan kadar kemalangan di lebuh raya dapat dikurangkan termasuk memberi tumpuan kepada penguatkuasaan peraturan lebuh raya, advokasi dan jenayah serta kehadiran di mana-mana (polis di lokasi)," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan operasi trafik Op Selamat-19 Polis Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak di sini kelmarin.



Datuk Sasikala berkata pasukannya telah mengenal pasti enam kawasan panas kemalangan dan kesesakan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang Utara, Hulu Selangor, Gombak dan Ampang.



Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman supaya memaklumkan kepada pihak polis tentang membiarkan rumah kosong bagi mengurangkan risiko pecah rumah.



"Orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau mengisi borang 'balik kampung' (pulang ke kampung halaman) yang boleh dimuat turun dari portal PDRM," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >