Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hingga lima lagi penunjuk perasaan Myanmar dilapor terkorban

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Polis Myanmar menembak dan membunuh sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan manakala beberapa lain cedera dalam satu tindakan untuk menamatkan demontrasi selama berminggu terhadap satu rampasan kuasa tentera pada 1 Februari, kata seorang doktor dan ahli politik.



Seorang wanita juga meninggal dunia selepas polis meleraikan satu tunjuk perasaan anjuran guru-guru, dengan menggunakan bom tangan di bandar utama Yangon.



Namun, punca kematian wanita itu tidak diketahui, kata anak perempuannya dan seorang rakan kerja.



Kemelut politik di Myanmar tercetus menyusuli satu rampasan kuasa selepas tentera mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran dalam pilihan raya pada November lalu yang menyaksikan kemenangan besar Cik Aung San Suu Kyi serta parti pimpinannya.



Rampasan kuasa itu, yang menghambat kemajuan Myanmar terhadap demokrasi selepas hampir 50 tahun pemerintahan tentera, menyebabkan ratusan ribu penunjuk perasaan di negara itu selain menarik kutukan dari negara Barat dengan beberapa mengenakan sekatan terbatas.



Polis melepaskan tembakan di beberapa kawasan di Yangon selepas gas pemedih mata dan bom tangan gagal meleraikan orang ramai.



Seorang lelaki meninggal dunia setelah dikejarkan ke hospital dengan kecederaan di dada, kata doktor di hospital yang tidak dikenal pasti.



Polis juga melepaskan tembakan di bandar Dawei, membunuh seorang dan mencederakan beberapa yang lain, kata ahli politik Kyaw Min Htike kepada agensi berita Reuters.



Pihak polis dan jurucakap majlis tentera yang memerintah tidak memberi respons kepada panggilan telefon untuk mendapatkan pengesahan.



Awal daripada itu di Yangon, beberapa orang yang cedera teruk telah dibantu dalam tunjuk perasaan, menurut beberapa gambar yang diterbitkan media.



Tidak begitu jelas bagaimana mereka cedera, namun pihak media melaporkan ia berpunca daripada tembakan.



Kumpulan media Myanmar Now berkata tembakan itu disasarkan ke atas penunjuk perasaan tetapi ia tidak memberi penjelasan lanjut.



Ketua junta Min Aung Hlaing berkata pihak berkuasa menggunakan kuasa minimum untuk menangani bantahan.



Namun, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan telah mati sejak beberapa hari lalu. Menurut tentera, seorang pegawai polis terkorban dalam kegelisahan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >