Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hishamuddin: SOP rentas Malaysia-Singapura sedang dibincang

Jan 03, 2021 | 08:38 PM



KLUANG: Satu prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura sedang dibincangkan antara kementerian luar kedua-dua negara.

Perbincangan itu bagi membolehkan orang ramai melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan seperti menziarahi anggota keluarga yang sakit.



Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pada masa ini tiada SOP selaras berhubung dasar berkenaan, lapor laman MyMetro.



“Kita anggap mereka ini sebagai ‘compassionate groups’, mereka yang hendak membuat lawatan kepada ibu, bapa atau keluarga yang sakit,” katanya kepada media selepas melawat mangsa yang terkandas perjalanan akibat laluan di Jalan Kluang-Mersing terputus hubungan akibat ditenggelami air di pusat penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sembrong pada Ahad (3 Jan).



Menurutnya, setakat ini perjalanan atas dasar belas ihsan dibenarkan di mana sekiranya ada kes tertentu, individu perlu membuat rayuan untuk merentas sempadan.

“Jadi sekarang ini, saya sedang bincang dengan Singapura supaya ada SOP yang selaras untuk kes sebegitu (belas ihsan),” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >