Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HK arah ujian Covid-19 wajib buat 80 premis kediaman, pejabat selepas kes kelompok gim bertambah

Mar 13, 2021 | 11:58 PM



HONG KONG: KAKITANGAN di beberapa firma guaman dan bank di Hong Kong diwajibkan menjalani ujian Covid-19 memandangkan kebanyakan daripada kes baru yang dilaporkan di kota itu pada Sabtu (13 Mac) dikaitkan dengan gim yang digunakan karyawan ekspatriat dan institusi kewangan.



Agensi Reuters melaporkan, pihak berkuasa kota ini berkata 35 kes baru berkaitan dengan penularan wabak ini di Ursus Fitness, gim di daerah Sai Ying Pun. Jabatan Kesihatan, dalam satu sesi taklimat, menjelaskan sejauh ini, 99 kes Covid-19 yang dikesan berkaitan dengan pusat itu yang terkenal sebagai ruang riadah peguam, pengurus bank dan eksekutif dana lindung nilai.



Pemerintah Hong Kong menerbitkan notis ujian wajib pada Jumaat yang meliputi 80 premis perumahan dan tempat bertugas, kebanyakannya di kawasan kewangan dan perniagaan utama.



Kebanyakan daripada 29 pejabat yang terjejas adalah firma undang-undang terulung dan institusi kewangan seperti Shearman & Sterling, Allen & Overy, Herbert Smith Freehills, HSBC, Credit Suisse, BNP Paribas dan BNY Moellon.



Notis ujian wajib ini dilampirkan pada premis yang mempunyai satu kes atau lebih. Ia memerlukan golongan yang berada di lokasi tersebut melebihi dua jam sepanjang dua minggu lalu agar menjalani ujian asid nukleik.



"Gelombang keempat tidak berakhir (kerana) bilangan kes yang dilaporkan belum sampai ke angka sifar. Saya risau gelombang wabak Covid-19 akan cepat kembali," kata Dr Chuang Shuk-kwan daripada jabatan kesihatan Hong Kong dalam taklimat yang diadakan.



Jumlah jangkitan Covid-19 pada Sabtu turun dan kurang daripada 60 kes yang dilaporkan pada Jumaat.



Sebelum penularan jangkitan di gim ini, kes di Hong Kong turun banyak kepada jumlah dua angka yang rendah atau satu angka sahaja. Pengguna gim kini perlu menggunakan pelitup sewaktu bersenam sementara kakitangan pusat kecergasan harus menjalani ujian koronavirus setiap 14 hari, kata pemerintah pada Jumaat.



Hong Kong melaporkan sekitar 11,200 kes koronavirus, lebih rendah daripada negara maju lain. Kota seramai 7.5 juta penduduk itu melancarkan program vaksinasi pada Februari dengan 162,100 orang sudah mendapatkan suntikan vaksin pertama sejauh ini. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >