Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: REAKSI DUNIA KEPADA VARIAN OMICRON

HK bakal rasai 'tamparan' Omicron

Trafik kargo dan bekalan barangan ke kota itu dijangka merosot
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



HONG KONG:Wilayah milik China ini bakal berasa kesan negatif akibat langkah kuarantin Covid-19 lebih ketat ke atas anak kapal pesawat, dengan trafik kargo dan bekalan barangan ke kota itu dijangka merosot, kata Ketua Eksekutif, Cik Carrie Lam, semalam.



Penularan pertama varian Omicron di Hong Kong telah dikesan pada penghujung tahun lalu selepas tiga bulan jangkitan sifar dalam masyarakat, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan langkah kuarantin lebih ketat, termasuk ke atas anak kapal pesawat, dan kembali memperkenal sekatan lebih meluas ke atas kehidupan sosial.



Lebih 40 kes tempatan telah dikesan.



Pihak berkuasa berkata, penularan telah dikesan menjangkiti dua anak kapal pesawat Cathay Pacific Airways yang melanggar arahan pengasingan diri.



Satu siasatan telah dilancarkan ke atas syarikat penerbangan itu.



Peraturan lebih ketat telah menyebabkan Cathay membatalkan sebahagian besar penerbangan bagi penumpang dan kargo bagi bulan ini.



Cathay akan beroperasi kira-kira 20 peratus daripada kapasiti kargo prapandemik dan sekitar 2 peratus kapasiti penumpang prapandemik bulan ini.



Cik Lam semasa berucap di sesi pembukaan hab kewangan Asia yang baru untuk "patriot sahaja" berkata, Hong Kong telah pun mengadakan langkah paling ketat ke atas kes jangkitan koronavirus yang diimport dan adalah sukar untuk memperketatkannya lagi.



"Kesan dasar kargo ini akan dapat dilihat tidak lama lagi," kata Cik Lam kepada penggubal undang-undang.



"Kita hampir tidak ada barangan yang masuk menerusi pesawat kargo. Memusnahkan perusahaan ini bukan hanya menjejas syarikat penerbangan, ia akan juga menjejas setiap warga," katanya.



Cik Lam berkata, beliau menjangka beberapa barangan tidak dapat diadakan atau harganya meningkat, dengan makanan, elektronik dan ubat-ubatan antara paling teruk terjejas.



Anak kapal pesawat yang pulang kini perlu menjalani kuarantin tujuh hari di hotel, setelah sebelum ini diminta mengasingkan diri di rumah selama tiga hari.



Kebanyakan penduduk yang pulang ke Hong Kong perlu menjalani kuarantin selama 21 hari di hotel yang ditentukan dengan kos ditanggung sendiri.



Cik Lam kelmarin mengarahkan tadika dan sekolah rendah mesti berhenti dari membenarkan pembelajaran secara semuka, mulai Jumaat sehingga selepas Tahun Baru Cina pada permulaan Februari.



Beliau juga mengarahkan satu siasatan tatatertib dijalankan ke atas 13 pegawai kanan pemerintah yang menghadiri satu majlis sambutan hari jadi untuk satu delegasi anggota dewan rakyat China selepas pegawai kesihatan merayu kepada penduduk Hong Kong agar mengelak himpunan beramai-ramai.



"Saya sudah mengarahkan semua pegawai yang tertakluk kepada kuarantin, supaya mereka tidak terus bertugas, sebaliknya dikehendaki mengambil cuti sendiri untuk kuarantin," kata Cik Lam.



Majlis meraikan ulang tahun kelahiran ke-53, Dr Witman Hung, itu diadakan Isnin lalu itu, iaitu sebelum sekatan baharu berkuat kuasa tetapi selepas Cik Lam meminta penduduk Hong Kong untuk mengelakkan perhimpunan yang membabitkan ramai orang.



Menurut pihak berkuasa, antara pegawai kanan yang menghadiri majlis itu ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri, Casper Tsui; Pengarah Imigresen, Au Ka-wang; Pesuruhjaya Polis, Raymond Siu; dan Ketua Suruhanjaya Bebas Antirasuah Hong Kong, Simon Peh.



Keempat-empat mereka dan pegawai lain terbabit dilaporkan sudah memohon maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan. - Reuters.




"Kesan dasar kargo ini akan dapat dilihat tidak lama lagi..."

Kita hampir tidak ada barangan yang masuk menerusi pesawat kargo. Memusnahkan perusahaan ini bukan hanya menjejas syarikat penerbangan, ia akan juga menjejas setiap warga."

- Ketua Eksekutif, Cik Carrie Lam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >