SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

HK mungkin buang berjuta dos vaksin tidak diguna

HK mungkin buang berjuta dos vaksin tidak diguna

May 26, 2021 | 5:30 AM

HK mungkin buang berjuta dos vaksin tidak diguna

KURANG SAMBUTAN: Sejauh ini hanya 19 peratus daripada penduduk Hong Kong telah menerima satu dos daripada antara kedua-dua vaksin yang ditawarkan sementara 14 peratus sudah mendapatkan dua dos. - Foto REUTERS
KURANG SAMBUTAN: Sejauh ini hanya 19 peratus daripada penduduk Hong Kong telah menerima satu dos daripada antara kedua-dua vaksin yang ditawarkan sementara 14 peratus sudah mendapatkan dua dos. - Foto REUTERS -

HONG KONG: Hong Kong mungkin terpaksa membuang jutaan dos vaksin Covid-19 dalam masa terdekat kerana menghampiri tarikh luput, ditambah sambutan dingin penduduknya.

Seorang petugas vaksin memberi amaran warga Hong Kong cuma ada tiga bulan sebelum kumpulan vaksin Pfizer-BioNTech yang pertama diterima mereka akan luput.

"Kesemua vaksin ada tarikh luput. Ia tidak dapat digunakan selepas tarikh luput dan pusat vaksinasi masyarakat untuk BioNTech dijadualkan menghentikan operasi selepas September.

"Seluruh dunia berusaha mendapatkan vaksin dan tidak wajar kita memiliki tetapi tidak memanfaatkannya," kata bekas Pengawal Pusat Perlindungan Kesihatan kepada penyiar RTHK.

Hong Kong antara sebilangan kecil wilayah di dunia yang mempunyai bekalan dos mencukupi bagi menjalankan program inokulasi secara menyeluruh kepada 7.5 juta penduduknya.

Bagaimanapun, isu seperti hilangnya kepercayaan rakyat terhadap pemerintah yang diburukkan lagi dengan berita palsu di media sosial menyebabkan keraguan terhadap keberkesanan vaksin.

Hong Kong membeli 7.5 juta dos masing-masing bagi vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

Pemerintah turut membuat pesanan awal sebanyak 7.5 juta dos vaksin AstraZeneca tetapi perjanjian itu dibatalkan pada awal tahun dengan pihak berkuasa merancang untuk menggunakan peruntukan berkenaan bagi mendapatkan bekalan vaksin generasi kedua tahun depan.

Setakat ini, cuma 19 peratus daripada seluruh penduduk Hong Kong sudah menerima satu dos vaksin, manakala 14 peratus lagi sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Kira-kira 3,263,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech sudah dihantar ke Hong Kong, bagaimanapun cuma 1,231,600 yang sudah diuruskan.

Beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pemimpin politik di Hong Kong mencadangkan supaya bekalan vaksin disalurkan kepada negara lain sekiranya sambutan terus hambar. - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg