Hong Kong akan beri $1,800 kepada setiap penduduk tetap sedang ekonomi terjejas dek koronavirus, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Hong Kong akan beri $1,800 kepada setiap penduduk tetap sedang ekonomi terjejas dek koronavirus

Feb 26, 2020 | 03:11 PM

HONG KONG: Pemerintah Hong Kong pada Rabu (26 Februari) berkata ia akan memberi habuan HK$10,000 ($1,800) kepada 7 juta penduduk tetap dalam usaha merancakkan kembali ekonomi yang mengalami kemelesetan.

Kini keadaan ekonomi diburukkan pula oleh wabak koronavirus yang telah membunuh dua orang dan menjangkiti lebih 80 orang di bandar itu.

Setiausaha Kewangan Paul Chan mengumumkan hadiah wang tunai itu dalam belanjawan tahunan, memperuntukkan HK$120 bilion bagi membantu meringankan kesan kemerosotan ekonomi, paling teruk yang dihadapi hab kewangan antarabangsa itu dalam masa sedekad.

Hong Kong mempunyai rizab fiskal yang banyak dengan lebih HK$1 trilion yang dikumpul sepanjang tahun-tahun pertumbuhan pesat, simpanan yang kini digunakan pemerintah itu.

Pemberian wang tunai itu sahaja akan menelan HK$71 bilion tetapi pegawai berharap pengguna akan menyalurkan kebanyakan wang itu kembali ke perniagaan setempat.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ekonomi Hong Kong merosot ekoran perang perdagangan Amerika Syarikat-China, tunjuk perasaan prodemokrasi berbulan lama tahun lalu dan kini koronavirus. - AFP/Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map