Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hong Kong bersiap sedia hadapi pilihan raya

Nov 23, 2019 | 03:32 PM



HONG KONG: Kampus universiti di Hong Kong yang dikepung lebih seminggu semakin lengang hari ini, dengan segelintir penunjuk perasaan yang masih bersembunyi di serata kampus, sedang bandar raya itu memberi tumpuan kepada pilihan raya tempatan. 



Seramai 4.1 juta penduduk Hong Kong, daripada 7.4 juta, layak mengundi, sebahagiannya didorong kempen pendaftaran yang dilancarkan ketika bantahan selama beberapa bulan.



Aktivis prodemokrasi muda kini bertanding di beberapa kerusi yang sebelum ini tiada pencabar, dikuasai calon pro-Beijing.



Pengakhiran kepungan di Universiti Politeknik di Kowloon semakin hampir ketika sebahagian penunjuk perasaan terdesak mencari jalan keluar manakala yang lain enggan menyerah diri, selepas beberapa keganasan terburuk sejak bantahan antipemerintah memuncak Jun lalu.



“Jika mereka menyerbu masuk, ada banyak tempat untuk kami bersembunyi,” kata Sam, pelajar berusia 22 tahun, yang memakan mi segera di kafeteria, sambil merancang pelan melarikan diri.



Polis mendirikan hadangan plastik tinggi dan pagar di keliling kampus, yang dikepung selama lebih seminggu.



Awal hari ini, wartawan Reuters menyaksikan tiga van polis dipandu masuk ketika kira-kira 12 pegawai mengawal.



Kira-kira 1,000 ditahan dalam kepungan di bandar raya itu, 300 daripadanya berusia bawah 18 tahun.



Anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China bersenjata mengawal di dalam Berek Gun Club Hill bersebelahan pagar polis di pinggir universiti.



Awal pagi ini, pegawai jabatan bomba memeriksa sistem kumbahan secara menyeluruh, yang menyaksikan sebahagian pelajar cuba melarikan diri awal minggu ini, meninggalkan beg galas, topeng dan barangan mereka berselerak di kawasan berhampiran.. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >