Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia3

Hong Kong laksana langkah sekatan dek kenaikan kes jangkitan baru

Jul 28, 2020 | 05:30 AM

HONG KONG: Hong Kong menghentikan kegiatan pertukaran kru bagi semua kapal di republik berkenaan bagi mengurangkan pengecualian kuarantin yang dikatakan menyebabkan gelombang ketiga Covid-19 di sana.

Selepas tidak mencatatkan sebarang kes penularan tempatan selama beberapa minggu, kes baharu jangkitan meningkat kepada tiga angka setiap hari dan menimbulkan kebimbangan wabak berkenaan tidak terkawal.

Lebih 1,000 jangkitan dilaporkan sejak awal Julai lalu yang mewakili lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sejak dikesan penghujung Januari.

Beberapa pakar kesihatan menyalahkan pengecualian kuarantin 14 hari yang diberikan kerajaan kepada pihak tertentu termasuk trak rentas sempadan serta kru kapal dan penerbangan.

Disebabkan jaringan udara yang luas dan pelabuhan yang sibuk, Hong Kong adalah titik transit popular untuk kegiatan pertukaran kru.

Pemerintah mengumumkan sejumlah langkah untuk memperketat pengecualian kuarantin bermula hari ini kerana bandar itu mencatatkan 128 kes baru dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 2,634 kes dengan 18 kematian.

Sebilangan besar kes baru adalah penularan tempatan.

Mulai esok nanti, hanya kapal dengan muatan yang dihantar ke Hong Kong saja dapat menukar kru, tetapi mereka tidak dibenarkan bergaul di tempat awam dan perlu terus ke lapangan terbang, atau tempat kuarantin yang ditentukan.

"Kami percaya dengan memperketat syarat-syarat yang relevan, kami dapat mengatasi keprihatinan masyarakat terhadap risiko kesihatan," kata seorang jurucakap pemerintah

Malah sekatan-sekatan baru bagi memastikan jarak selamat dikuat kuasakan di Hong Kong selepas wilayah itu dilanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Pihak berkuasa memberi amaran risiko penularan berskala besar di hab kewangan Asia itu sangat tinggi.

Untuk memastikan kehidupan para penduduknya tidak begitu terjejas, pemerintah Hong Kong mengambil beberapa pendekatan yang disasarkan.

Dia minggu lalu, orang ramai diwajibkan memakai pelitup ketika menaiki pengangkutan awam.

Jumlah orang yang dibenarkan untuk berkumpul di tempat awam dikurangkan dengan mendadak dari 50 kepada 4 orang sahaja.

Sebanyak 12 jenis tempat seperti bar, pawagam, gimnasium serta taman-taman tema Disneyland Hong Kong dan Ocean Park juga ditutup selama seminggu.

Makan di luar juga tidak dibenarkan dari pukul 6.00 petang hingga 5.00 pagi dan hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang.

Dua syarikat pasar raya besar Hong Kong turut mengenakan sekatan pembelian kepada barangan penting seperti beras, pelitup muka dan tisu tandas.

Kakitangan awam dan privet seperti firma undang-undang dan bank akan terus bekerja dari rumah sehingga diberikan notis lanjut.

Setiausaha Kesihatan dan Makanan, Sophia Siu Chee, pada satu taklimat media, berkata peraturan baharu itu akan dikuatkuasa selama dua minggu.

Ketika ini, peraturan terbabit hanya mencakupi pengangkutan awam, dan individu yang melanggar undang-undang boleh dikenakan denda maksimum HK$5,000 ($890).

Memandangkan banyak kawasan di dunia masih terjejas akibat pandemik itu, Hong Kong menambah Amerika Syarikat (AS) dan Kazakhstan ke dalam senarai lokasi berisiko tinggi, berkuatkuasa esok.

Pelawat tempatan yang pernah berada di kedua-dua negara dalam tempoh 14 hari perlu memiliki sijil kesihatan sah selama 72 jam, bersama maklumat penginapan sebelum menaiki penerbangan.

Menurut Chan, tempoh dua minggu akan datang amat kritikal terhadap usaha antipenyakit dan pendekatan lebih ketat perlu dilaksanakan jika bilangan kes terus meningkat. - Agensi berita

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian