Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hong Kong lapor 73 kes Covid-19 baru

Nov 23, 2020 | 08:32 PM



HONG KONG: Sebanyak 73 kes jangkitan Covid-19 baru dilaporkan di Hong Kong pada Isnin (23 November).



Ini sedang pemerintah negara itu  memberi amaran tentang wabak Covid-19  yang kian meruncing dengan rantaian jangkitan yang secara senyap menyebabkan tambahan jangkitan tanpa tanda penyakit.



Agensi berita Reuters melaporkan Hong Kong sejauh ini berjaya mengelakkan penularan jangkitan merebak ke banyak kota utama di dunia ini, dengan kebanyakan jumlah harian kes mencecah satu angka atau dua angka yang rendah beberapa minggu ini



Kebanyakan kes terkini di Hong Kong berkaitan dengan kelab tarian dengan pemerintah memohon kepada penduduknya di kawasan terjejas agar mengambil ujian Covid-19 bagi membantu mengekang penularan wabak.



Stesen ujian mudah alih telah dibangunkan di beberapa daerah.



“Situasi epidemik tempatan kian meruncing pesat...



“Beberapa kes yang disahkan tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan ini menunjukkan kewujudan banyak rantaian jangkitan yang senyap dalam masyarakat,” jelas kenyataan pemerintah Hong Kong.



Kes meningkat ini juga telah menyebabkan rancangan kembara  gelembung udara antara Hong Kong dan Singapura yang dijadual dilancarkan semalam (22 November) ditunda selama dua minggu.



Hong Kong melaporkan 5,702 kes Covid-19 dan 108 kematian sejak pandemik bermula.



September lalu, pemerintah Hong Kong  mula melonggarkan sekatan pada tempat makan dan minum, kemudahan sukan dan taman bertema selepas satu ujian besar-besaran dikendalikan pemerintah China. – REUTERS



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >