Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hongkong benarkan tempat sosial dan perkhidmatan transit dibuka semula

May 26, 2020 | 12:23 PM
KEMBALI BEROPERASI: Khidmat transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong akan dibenarkan buka semula secara bertahap mulai 1 Jun.
KEMBALI BEROPERASI: Khidmat transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong akan dibenarkan buka semula secara bertahap mulai 1 Jun. - - Foto Reuters

HONGKONG: Hongkong akan melonggarkan beberapa langkah jarak selamat minggu ini setelah kebimbangan terhadap wabak koronavirus kini semakin berkurangan.

Pusat karaoke, rumah mandi, bilik pesta dan kelab malam akan dibenarkan untuk kembali beroperasi mulai Jumaat ini (29 Mei), kata Ketua Eksekutif Cik Carrie Lam dalam satu taklimat media baru-baru ini.

Perkhidmatan transit juga akan beroperasi semula secara beransur-ansur seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong mulai 1 Jun ini, tambah beliau.

"Wabak ini kian reda," katanya. "Kami akan memulakan kembali kegiatan harian dalam masyarakat dan ekonomi secara bertahap."

Pemerintah minggu lalu telah melanjutkan sekatan lain - termasuk larangan perhimpunan lebih dari lapan orang - hingga 4 Jun. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg