Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HSR: Johor mahu diteruskan, Pemuda Umno kecewa

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Kerajaan Johor masih menaruh harapan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dapat diteruskan, biarpun laluannya tidak terhubung dengan Singapura.



Menteri Besar Johor Hasni Mohammad semalam berkata HSR masih boleh membawa keuntungan besar kepada negeri itu. Johor, katanya, akan menjadi benefisiari utama projek itu memandangkan sebahagian besar pembangunan HSR dibuat di negeri tersebut.



Datuk Hasni berkata walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura telah dibatalkan, Umno Johor masih menaruh harapan agar ia disambung pada masa depan, lapor laman The Star.



"Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan pelibatan Singapura dalam projek baru dari segi pelaburan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Umno Johor.



Secara berasingan, sayap Pemuda Umno melahirkan kekecewaan akan keputusan membatalkan HSR KL-Singapura.



Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pembatalan projek infrastruktur berimpak tinggi dan mempunyai kesan gandaan ekonomi seperti HSR ialah satu langkah ke belakang dan "counter-productive" dalam usaha pemulihan ekonomi pasca-Covid-19, lapor Sinar Harian.



Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia sebagai satu kegagalan besar awal bagi 2021 kerana menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.



"Bagi Pemuda UMNO, lima sebab utama keputusan membatalkan projek HSR ini satu kesilapan dan kegagalan, antaranya Malaysia dianggarkan akan kehilangan sebanyak RM209 bilion ($68.7 bilion) dalam pendapatan kasar negara dan potensi 70,000 peluang pekerjaan jika HSR dibatalkan," ujarnya.



Selain itu, katanya, pembatalan projek itu akan memberi isyarat salah kepada pelabur domestik dan asing bahawa Malaysia tidak komited terhadap perancangan pembangunan negara dan serantau.



"Ini bakal merencatkan kemasukan pelaburan baharu yang akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada ekonomi rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Beliau berkata projek HSR juga penanda aras utama kemajuan dan pembangunan di rantau Asean.



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan kelmarin berkata projek itu dibatalkan setelah dua negara itu gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh tamat 31 Disember 2020.



Malaysia menyarankan beberapa perubahan terhadap projek itu memandangkan kesan Covid-19 ke atas ekonomi negara itu.



Kenyataan itu juga berkata kedua-dua negara akan mematuhi kewajipan masing-masing dan "kini akan meneruskan dengan tindakan yang diperlukan", menyusuli pembatalan perjanjian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >