Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kontroversi Neelofa-PU Riz: Neelofa nafi dakwaan mereka telah berkahwin di Kelantan

Dec 29, 2020 | 10:30 AM



KUALA LUMPUR: Umpama retak menanti belah, itulah yang boleh digambarkan hubungan selebriti popular, Neelofa, 31 tahun dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25 tahun, ketika ini.



Status perhubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu menjadi perbualan hangat 'netizen' menerusi laman Twitter, sejak kelmarin.



Menguatkan spekulasi hubungan Neelofa dan PU Riz sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik adik beradik bekas pengacara MeleTOP itu, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram Stories (IG Story).



Mereka memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, malah turut berkongsi doa meminta perlindungan daripada perkara tidak diingini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak 'unfollow' PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis merisik.



Datin Noor Kartini dilihat 'unfollow' PU Riz sejak awal bulan lalu.



Menerusi perkongsian dalam IG Story, Datin Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi 'pemutus' hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah swt daripada perkara buruk.



Kakak Neelofa, Noor Nabila pula memuat naik beberapa petikan dalam IG Story seperti menyindir seseorang.



Menerusi petikan yang dimuat naik Noor Nabila, beliau memberi ingatan supaya berkahwin dengan lelaki yang bercakap dalam keadaan baik, walaupun sedang marah.



"Pasangan baik tidak cuba menghina anda ketika sedang marah. Ini kerana sangat menghormati dan tidak mahu kehilangan dalam perselisihan kecil.



"Saya sangat berhati-hati dengan orang yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-kata.



"Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara, tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi.



"Mengikut karma, jika seseorang sudah menunjukkan warna sebenar, tidak perlu cuba mewarnai kembali. Adakah kita menghampiri kebenaran?" persoal Noor Nabila menerusi petikan yang dimuat naik.



Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua adik Neelofa, iaitu Athisha dan Ameera turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama seperti ditujukan kepada seseorang dalam IG Story.



Semua status dimuat naik mempunyai kaitan mengenai sikap seseorang, dipercayai ditujukan kepada PU Riz.



Sehingga kini, Neelofa mahupun PU Riz belum memuat naik gambar atau video bagi menjawab spekulasi yang sohor dalam media sosial.



Namun, PU Riz dilihat menutup ruangan komen dalam IG.



Sebelum ini, status Datin Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz.



Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.



Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama.



Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran 'sayang' dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.



Neelofa dan PU Riz dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac, tahun depan. - BHM.




"Pasangan baik tidak cuba menghina anda ketika sedang marah. Ini kerana sangat menghormati dan tidak mahu kehilangan dalam perselisihan kecil. Saya sangat berhati-hati dengan orang yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-kata. Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan."
- Kakak Neelofa, Noor Nabila, memuat naik beberapa petikan dalam IG Story seperti menyindir seseorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >