Topic followed successfully
Go to BHkuHujan berterusan sebabkan beberapa daerah di Johor, Pahang dilanda banjir
Hujan berterusan sebabkan beberapa daerah di Johor, Pahang dilanda banjir
Jan 3, 2021 | 7:42 PM
Hujan berterusan sebabkan beberapa daerah di Johor, Pahang dilanda banjir
HULURKAN BANTUAN: Pegawai bomba di Johor hulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak Sabtu. - Foto BOMBA JOHOR -
JOHOR BAHRU: Hujan berterusan sejak malam Sabtu (2 Jan) menyebabkan beberapa kawasan di Johor dan Pahang dinaiki air pada Ahad (3 Jan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad turut mengeluarkan amaran cuaca bahaya membabitkan hujan lebat yang berterusan sepanjang Ahad di beberapa daerah di Johor dan Pahang.
Kawasan yang diletakkan dalam zon bahaya membabitkan daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.
Pada masa sama, lima daerah di Johor iaitu Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru pula dalam keadaan waspada di mana hujan lebat dijangka berlaku sepanjang Ahad. - Agensi berita.

