Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan tak henti sebabkan beberapa daerah di Johor, Pahang dilanda banjir

Jan 04, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di Johor dan Pahang dinaiki air semalam.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam turut mengeluarkan amaran cuaca bahaya membabitkan hujan lebat yang berterusan sepanjang semalam di beberapa daerah di Johor dan Pahang.



Kawasan yang diletakkan dalam zon bahaya membabitkan daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.



Pada masa sama, lima daerah di Johor iaitu Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru pula dalam keadaan waspada di mana hujan lebat dijangka berlaku sepanjang semalam.



Mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 5,818 mangsa membabitkan 1,540 keluarga dengan 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah, setakat pagi semalam.



Ia berbanding hanya seramai 1,780 mangsa daripada 500 keluarga dengan 28 PPS dibuka di lima daerah, malam kelmarin.



Johor Bahru juga melonjak dengan seramai 2,452 orang daripada 593 keluarga di 13 PPS, berbanding hanya 690 daripada 189 keluarga ditempatkan di enam PPS, malam kelmarin.



Manakala di Kuantan, Pahang, hujan lebat sejak 6 pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandar dan taman perumahan berdekatan dilanda banjir.



Angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter berlaku di kawasan perairan Pahang.



Daerah Maran, Pahang, dinaiki air sehingga satu meter pagi semalam.



Hujan lebat juga menyebabkan jumlah mangsa banjir di Maran meningkat mendadak semalam.



Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 12 tengah malam kelmarin, Maran merekodkan 120 mangsa membabitkan 34 keluarga yang terpaksa berpindah dari rumah mereka.



Sementara itu, kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan lain-lain kawasan di Sabah mengalami kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada waktu petang semalam dan keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat.



"Di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam dengan ombak sehingga 4.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh sama, dan kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," ujar MetMalaysia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >