KAHIRAH: Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah mengesahkan undang-undang antipengganasan yang mengenakan denda lebih tinggi, dan mungkin penggantungan pekerjaan kerana membuat "laporan palsu" mengenai serangan militan.
Pemerintah Mesir telah mempercepat pelaksanaan undang-undang itu selepas pegawai pendakwa raya dibunuh dalam serangan bom nekad lewat Jun lalu, menyusuli serangan besar-besaran militan di Semenanjung Sinai beberapa hari kemudian.