Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Huru hara di bangunan Capitol, penyokong Trump bertempur dengan polis

Jan 07, 2021 | 09:03 AM



WASHINGTON: Capitol Hill di Amerika Syarikat dikenakan kawalan ketat polis dan tentera setelah penyokong Presiden Donald Trump merempuh dan menceroboh masuk ke bangunan bersejarah itu, memaksa Kongres menggantung perbahasan mengenai percubaan parti Republikan membantah keputusan pilihan raya yang dimenangi Encik Joe Biden.



"Ketika ini, demokrasi kita sedang menghadapi serangan yang tidak pernah dihadapi selama ini, tidak pernah dilihat dalam era moden. Serangan ke atas kubu kebebasan, Capitol itu sendiri," ujar Encik Biden, dalam sidang media ringkas di Wilmington, Delaware. 



Beliau menambah: "Ini bukan tunjuk perasaan. Ini melanggar undang-undang, ini huru hara. Ia ibarat satu penghasutan dan ia mesti dihentikan sekarang. Saya menggesa kumpulan ini untuk berhenti dan membiarkan demokrasi kita diteruskan." 



Kumpulan penunjuk perasaan itu memecahkan tingkap untuk memasuki bangunan Capitol Hill di mana Bakal Presiden Biden akan mengangkat sumpah sebagai presiden dalam beberapa minggu lagi.



Mereka bertempur dengan pegawai polis di dalam bangunan sambil mempamerkan sepanduk menyokong Trump.  



Anggota Kongres diminta meninggalkan dewan dengan memakai topeng gas setelah gas pemedih mata terpaksa digunakan polis.



Beberapa pegawai polis cedera, dan seorang wanita dikatakan berada dalam keadaan kritikal setelah ditembak di dalam bangunan tersebut. Beberapa media melaporkan wanita itu telah meninggal dunia, menukil jurucakap Jabatan Polis Metropolitan DC. 



Kekecohan itu berlaku ekoran teori konspirasi yang dijaja Presiden Trump sejak kalah dalam pilihan raya November lalu. Beliau mengapi-apikan keadaan dengan tidak mahu menerima kekalahannya sehingga ke hari ini, malah dalam rapatnya beliau telah menggesa penyokongnya "berbaris ke Capitol Hill". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >