Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Huru-hara di pertemuan belia PKR tatkala pengerusi yang dipecat cuba masuk

Dec 06, 2019 | 04:36 PM



MELAKA: Keadaan huru-hara berlaku di kongres belia Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi (Jumaat, 6 Dis) apabila pihak penganjur melarang individu bukan wakil, termasuk pengerusi yang telah dipecat, Mizan Adli Md Noor, dari memasuki dewan.



Encik Mizan dan timbalan ketua belia, Hilman Idham, sekutu timbalan presiden Azmin Ali, sebelum ini mencabar pemecatan itu dan menegaskan Encik Mizan akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.



Meskipun perisytiharan dari Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa pemilihannya sebagai pengerusi pada pemilihan parti tahun lalu tidak sah, Encik Mizan menegaskan beliau mempunyai hak untuk menyaksikan pengumuman rasmi semasa prosiding.



"Saya tak nak jawatan itu. Tapi ia adalah hak saya untuk masuk," katanya, seperti yang dilaporkan The Straits Times.



Kekecohan tersebut membawa kepada pertengkaran yang berlarutan antara anggota keselamatan dengan ahli-ahli yang menyokong Azmin, yang memaksa diri untuk memasuki dewan.



Namun, Encik Mizan kemudian dikeluarkan oleh pihak keselamatan apabila beliau cuba mendekati meja depan yang dikhaskan untuk kepimpinan belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >