Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu bapa bantah di luar sekolah Pulau Pinang dek buli, samseng

Apr 04, 2016 | 12:13 PM



NIBONG TEBAL (Pulau Pinang): Lebih 100 ibu bapa mengadakan bantahan di luar sebuah sekolah di Pulau Pinang pada Sabtu (2 April), menuduh ia mengabaikan perbuatan buli dan samseng yang berleluasa.



Menurut Malay Mail Online, ibu bapa mendakwa 11 kejadian seperti itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara di bandar Simpang Ampat bulan lepas.



Perbuatan membuli didakwa berlaku sejak dua tahun lalu.



Kes terbaru pada Khamis (31 Mac) didakwa melibatkan sekumpulan 20 pelajar memukul kumpulan lebih kecil rakan sedarjah mereka.



Seorang pekerja kilang, Encik S. Mohan, 42 tahun, memberitahu akhbar The Star beliau berada di sekolah itu untuk bertemu pengetua mengenai satu insiden sebelum ini di mana dua anaknya - berumur 15 dan 16 tahun - dipukul, dan mendengar kekecohan di tingkat bawah.



"Saya cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi salah seorang pelajar daripada kumpulan lebih besar mengusir saya," katanya.



Encik Mohan, yang kemudian menyedari bahawa masalah samseng di sekolah itu di luar kawalan, membuat laporan polis pada hari sama.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Abdul Shafee Abdul Samad, berkata kes itu sedang disiasat sebagai insiden rusuhan.



Semasa bantahan Sabtu lalu, ibu bapa membawa sepanduk menggesa Jabatan Pelajaran negeri campur tangan dan mengelakkan kejadian sama.



Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy, dilaporkan menghadiri bantahan itu, yang dihentikan oleh polis. Mereka menghalang ibu bapa memasuki kawasan sekolah untuk menemui pengetua.



Seorang pelajar tingkatan tiga, Kugendran, 16 tahun, yang tiba di bantahan itu dengan tangan kanannya menggunakan anduh, memberitahu The Star dia cedera selepas dipukul di luar sekolah pada Khamis.



"Sebuah kumpulan tiba dengan motosikal dan mula memukul tangan dan kaki saya dengan topi keledar mereka," katanya.



Seorang lagi pelajar, R. Yashwanth, 16 tahun, yang dipindahkan keluar dari sekolah itu, berkata dia ditumbuk dan dipukul banyak kali sepanjang dua tahun di sana.



Katanya walaupun dia menjadi mangsa, sekolah itu memindahkannya keluar dan bukan penyerangnya.



Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Encik Shaari Osman, memberitahu Malay Mail Online siasatan akan dijalankan dan tindakan diambil terhadap sekolah jika pentadbirannya didapati bersalah bagi sembarang salah laku.



Beliau berkata jabatan itu tidak menerima apa-apa laporan mengenai kejadian tersebut dan satu mesyuarat akan diadakan dengan ibu bapa dan guru pada Rabu (6 April).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >