SEOUL: Ibu bapa pelajar yang terbunuh dalam bencana feri Korea Selatan telah berarak sebelum mengadakan bantahan di luar kediaman Presiden Park Geun-Hye, dengan memegang potret anak mereka dan menuntut pertemuan dengan presiden.
Selepas disekat beratus-ratus polis yang mengenakan pakaian pencegah rusuhan, berpuluh-puluh ibu bapa itu, yang disokong puluhan penyokong lain, telah mengadakan bantahan dengan duduk di sudut jalan, hanya beberapa meter dari Rumah Biru, iaitu kediaman presiden.