Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu pengebom Paris akui terlepas kesan anak jadi radikal

Dec 28, 2015 | 03:28 PM



BRUSSELS: Ibu salah seorang penyerang Paris memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan Belgium bahawa beliau terlepas mengesan tanda-tanda amaran, dan tidak sedar anaknya telah menjadi radikal.


Cik Fatima Hadfi, yang berkata beliau ibu Bilal Hadfi, yang meletupkan dirinya di luar Stade de France di Paris, menelefon stesen televisyen Maghreb TV lewat malam Sabtu (26 Dis), mengejutkan penyampai.


Dalam rakaman panggilan di laman web stesen itu, beliau mengadu pihak berkuasa Perancis masih menahan mayat anaknya dan beliau tidak dapat memahami mengapa ia belum dilepaskan untuk dikebumi.


Penyampai meminta beliau menerangkan bagaimana Bilal, 20 tahun, terlibat dengan para penyerang itu, yang beberapa daripada mereka datang dari Brussels, dan mengapa beliau tidak melihat tanda-tanda amaran sebelum anaknya pergi ke Syria pada Februari lalu.


"Anda tidak boleh lihat sebarang perbezaan padanya. Dia seperti orang lain," kata Cik Fatima, yang bercakap kebanyakannya dalam bahasa Perancis.


"Dia seorang budak baik, ramah dan suka membantu, namun mereka tetap tahu cara mempengaruhinya."


Ditanya apakah peranan anaknya dalam serangan pada 13 November itu, beliau berkata: "Saya tidak tahu sama sekali."


Laporan akhbar Sabtu lalu berkata pihak berkuasa Belgium sedang menyoal kakitangan di kolej Bilal di Brussels selepas amaran bahawa dia semakin radikal terlepas dikesan.


Kolej itu dilaporkan memaklumkan kepada pihak berkuasa pendidikan kebimbangan mereka pada April selepas Bilal pergi ke Syria, tetapi amaran itu tidak disampaikan kepada polis dan hanya diketahui selepas serangan tersebut.


Cik Fatima berkata kepada Maghreb TV: "Saya sepatutnya mendengar dengan lebih dekat, saya sepatutnya lebih dekat dengan anak-anak saya."


Pihak berkuasa Belgium masih mencari suspek yang dikaitkan dengan serangan ke atas sebuah dewan konsert, restoran, bar dan stadium nasional di Paris itu, yang menyebabkan 130 orang terbunuh.


Pada hari Khamis, mereka mengumumkan telah mendakwa suspek kesembilan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >