Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Idea lintasan belang 'terapung' buat jalan raya lebih selamat

Nov 28, 2019 | 03:40 PM



BANGKOK/KANCHANABURI - Kanak-kanak sekolah yang berjalan di atasnya tampak seperti sedang terapung, namun lintasan belang (zebra crossing) yang dicat di Thailand itu hanya ilusi optikal semata yang bertujuan menjadikan jalan raya lebih selamat bagi pejalan kaki.

Pemandu yang memandu ke arah lintasan belang itu akan mengurangkan kelajuan mereka, bahkan berhenti, kerana tertarik dengan apa yang dilihat.

Lintasan belang  yang terdapat di laluan masuk utama sekolah Wat Bueng Thong Lang di pinggir bandar Bangkok itu telah dicat oleh pelajar dan sukarelawan, dengan dana dari Bank Simpanan Pemerintah Thailand.

Encik Uthit Sak-Udom, 42 tahun, yang menghantar anaknya ke sekolah setiap hari berkata ia satu idea yang baik.

"Bila saya melihatnya, nampak macam orang sedang terapung di atas jalan raya. Ia menarik perhatian saya," kata beliau.

Kumpulan di sebalik pendekatan baru kepada lintasan belang itu mempunyai sekitar tiga lagi projek untuk diselesaikan dalam enam minggu akan datang sebelum usaha itu dikaji semula oleh bank pemerintah untuk menilai sama ada untuk melanjutkan sokongan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >