Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ikon keadilan Yoon Suk-yeol dipilih presiden baru Korea Selatan

Mar 10, 2022 | 03:52 PM



SEOUL:  Ikon keadilan Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, telah memenangi salah satu pertandingan pilihan raya presiden paling sengit dalam sejarah  negara itu.

Calon daripada parti pembangkang konservatif Parti Kuasa Rakyat (PPP) itu, yang mengambil kesempatan akan gelombang sentimen antipemerintah dan keinginan bagi perubahan pemerintahan, memenangi 48.5 peratus undi pada Khamis (10 Mac), hanya 0.7 mata peratusan di hadapan pesaing utama Encik Lee Jae-myung daripada Parti Demokratik yang memerintah.

“Daripada kemenangan buat saya dan PPP... keputusan ini adalah kemenangan buat  rakyat,” kata Encik Yoon, 61 tahun.

“Sekarang pilihan raya sudah berakhir, mari kita semua  bekerjasama untuk menjadi satu.”





Dengan semua undi dikira pada 6.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Singapura), Encik Lee memperoleh 47.8 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).

Perbezaan kedua-dua calon hanyalah 247,077 undi.

Encik Lee mengaku kalah sebelum 4 pagi dalam satu kenyataan yang dibacakan di ibu pejabat parti itu. 

Beliau  mengucapkan tahniah kepada Encik Yoon dan menggesanya untuk menyatukan dan memulihkan negara. – ST.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >