Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ikon pop Prince senyap-senyap bantu anak yatim Afghanistan

May 06, 2016 | 11:26 AM



KABUL: Ikon pop, Prince, juga merupakan seorang dermawan di Afghanistan yang secara senyap-senyap menderma beribu-ribu dolar kepada ketua Pengakap yang menjaga anak-anak yatim, menurut sebuah badan amal pada Khamis (5 Mei).



Prince, yang meninggal dunia secara mengejut bulan lalu pada usia 57 tahun, memberi puluhan ribu dolar kepada Sokongan Physiotherapy dan Pemulihan bagi Afghanistan (Parsa), menurut pengarah eksekutif pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang menyokong wanita dan kanak-kanak lemah itu, Cik Marnie Gustavson.



Sumbangan beliau, melalui seorang dermawan Seattle, Amerika Syarikat, Cik Betty Tisdale, telah membiayai latihan bagi 100 ketua Pengakap yang sekarang menjaga kira-kira 2,000 kanak-kanak, termasuk anak yatim, kata Cik Gustavson.



Bantuan Prince bermula selepas lawatan beliau ke Afghanistan bersama Cik Tisdale pada 2010, ujarnya.



Cik Tisdale, yang berusia 87 tahun ketika itu dan meninggal dunia tahun lalu, terkenal dengan kerja-kerja beliau bagi anak yatim di Vietnam, termasuk mengaturkan agar 200 daripada mereka dikeluarkan dari negara itu selepas kejatuhan Saigon pada akhir Perang Vietnam pada 1975.



"Beliau bertanya pada saya apa projek yang memerlukan rangsangan, dan saya memberitahunya tentang sebuah bangunan lama yang kami mahu jadikan pusat latihan untuk ketua Pengakap," kata Cik Gustavson.



"Selepas pulang, beliau menghantar cek AS$15,000 ($20,000), yang sama sekali tidak dijangka.



"Beliau memberitahu saya ia datang daripada Prince. 'Beliau suka kerja saya dan saya beritahunya mengenai program Pengakap awak, tetapi jangan beritahu sesiapa pun'."



Selepas derma awal itu, Prince terus menghantar sumbangan AS$6,000 setiap tahun, katanya.



Badan amal Cik Tisdale, Halo, mengesahkan pada Khamis bahawa beliau membuat sumbangan kepada Parsa bagi pihak Prince.



Prince suka "kedermawanan rahsia", ujar Cik Gustavson, tetapi berikutan kematiannya secara tiba-tiba, beliau mahu berterima kasih kepada penyanyi itu dengan mengiktiraf sokongannya secara terbuka.



"Ini suatu rahsia sebelum ini kerana beliau beri dengan ikhlas," kata Cik Gustavson.



"Beliau tidak mahu banyak pengiktirafan."



Gerakan pengakap terhenti di Afghanistan sejak pencerobohan Russia pada 1979 tetapi dihidupkan oleh Parsa selepas kejatuhan Taleban pada 2001, dengan menubuhkan pasukan Pengakap di rumah-rumah anak yatim. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >