LONDON: Imam di seluruh Britain sedang membantu usaha memperbetul silap maklumat mengenai koronavirus, menerusi khutbah Jumaat dan kedudukan mereka sebagai golongan berpengaruh dalam kalangan masyarakat Islam untuk menjelaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat.
Encik Qari Asim, ketua Lembaga Penasihat Nasional Masjid dan Imam (MINAB) yang menerajui kempen meyakinkan penganutnya, adalah antara mereka yang secara terbuka meyakinkan bahawa inokulasi itu sesuai dengan amalan Islam.