Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imam Perancis kutuk serangan ganas

Jan 12, 2015 | 03:37 PM



PARIS: Imam di Perancis mengutuk pembunuhan beramai-ramai di pejabat akhbar mingguan satira Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 orang dan beberapa serangan lain di Perancis.


Mereka menegaskan pengganas terlibat tidak berhak melakukan kekejaman dan kemudian "mendakwa ia dilakukan atas nama Islam atau Nabi Muhammad saw".


Lebih banyak usaha juga perlu dilakukan untuk menghentikan golongan muda daripada terdedah kepada fahaman radikal, ujar mereka.


Imam Drancy, di Paris, Encik Hassen Chalghoumi, memberitahu Euronews: "Mengapa (pengganas ini) menggunakan golongan muda kita? Ini adalah belia Perancis yang memerangi rakyat di negara mereka sendiri. Mereka telah pergi berjuang di Mali dan kemudian di Syria dan tempat lain.


"Setiap orang perlu melaksana tanggungjawab mereka, dan masyarakat sivil, ahli politik, hakim, mereka tidak melakukan tindakan secukupnya untuk membanteras gejala ini."


Kebimbangan semakin meningkat mengenai tindak balas di Perancis berikutan serangan pengganas di Charlie Hebdo.


Sejak serangan itu, bilangan serangan ke atas masjid di Perancis telah bertambah.


Yang terbaru berlaku apabila tembakan dilepaskan di pusat Islam di Digne-les-Bains, Provence, dan di sebuah masjid di Soissons, sekitar 20 kilometer dari bandar di mana suspek Charlie Hebdo ditembak mati oleh polis.


Imam Perancis mengutuk pengganasan yang dilakukan atas nama Islam semasa menyampaikan khutbah Jumaat di lebih 2,300 masjid minggu lalu.


Dalam khutbah itu, mereka menyeru lima juta penganut Islam di Perancis supaya menjauhi kumpulan pengganas dan sesiapa yang terlibat dalam serangan pengganasan.


"Kami mengecam jenayah kebencian yang dilakukan pengganas, yang tindakan jenayah mereka membahayakan keinginan kami hidup bersama," kata Rektor Masjid Besar Paris, Encik Dalil Boubakeur.


"Mereka yang melakukan serangan atas nama Islam bukan seorang Muslim... Nabi Muhammad saw tidak menyokong pengganasan terhadap bukan Islam,'' kata Encik Abdel Qader Achour, imam Masjid Omar Ibn Al Khattab, yang terletak tidak jauh dari pejabat Charlie Hbedo.


Imam Mustafa Riad dari Masjid Union di selatan bandar Montpellier pula berkata umat Islam tidak perlu berasa takut kerana telah berada di Perancis sejak empat generasi lalu, malah Perancis adalah negara anda. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >