Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imej satelit tunjuk helikopter Russia musnah susuli serangan balas Ukraine

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Russia dilaporkan terpaksa menarik balik kebanyakan helikopter tenteranya dari lapangan terbang strategik di bandar Kherson, di selatan Ukraine, menurut satu imej satelit.



Perkembangan itu, kata pakar, boleh menjadi petanda berlakunya pengunduran tentera Russia di kawasan selatan Ukraine.



Pemindahan pasukan helikopter itu, dibuktikan dengan imej yang dirakam syarikat pengimejan angkasa lepas Planet Labs selama enam hari, berlaku sedang tentera Ukraine terus mengasak untuk merebut semula bandar Kherson yang ditawan sebelum ini oleh tentera Russia.



Kherson adalah bandar besar pertama yang ditawan Russia pada tempoh awal perang. Namun Russia gagal menguasai wilayah itu secara keseluruhan. Penguasaan ke atas wilayah Kherson adalah penting bagi sebarang usaha menguasai secara meluas kawasan selatan Ukraine lainnya.



Minggu lalu, tentera Ukraine menyerang lapangan terbang Kherson, menyebabkan kerosakan besar kepada peralatan tentera Russia, yang jelas kelihatan dalam imej satelit dan video selepas serangan itu.



Satu imej yang diambil Isnin lalu menunjukkan pesawat yang kelihatan sebelum ini telah dikeluarkan, walaupun tentera darat Russia kelihatan masih mengawal lapangan terbang itu.



Di kawasan selatan lain, dilaporkan tentera Russia terpaksa berundur di kawasan Voznesensk sejauh 100 kilometer. Satu gabungan pasukan tentera Ukraine dan pasukan pertahanan sukarelawan negara itu dilaporkan turut memusnahkan satu konvoi berperisai Russia di kawasan itu.



Sementara itu, tentera Ukraine juga dilaporkan menguasai semula bandar Makariv di barat ibu kota Kyiv.



Bandar pelabuhan Mariupol bagaimanapun terus dikepung dan dibedil tentera Russia dan pasukan pemisah Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >