Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IMF lulus pakej bantuan lebih $1.5b bagi bantu Pakistan

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan lebih AS$1.1 bilion ($1.53 bilion) pakej bantuan yang sudah lama dinantikan di bawah program yang tergendala sejak awal tahun ini.



Pakej itu sebagai sebahagian pembiayaan baru untuk membantu Pakistan mengatasi kemelut ekonominya dengan lembaga IMF meluluskan program pemulihan Kemudahan Pembiayaan Lanjutan (EFF).



Lembaga IMF juga meluluskan lanjutan EFF sehingga akhir Jun 2023 dan meningkatkan jumlah akses di bawah kemudahan itu kepada kira-kira AS$6.5 bilion.



Menteri Kewangan Pakistan, Encik Miftah Ismail, berkata negaranya seharusnya diberi bayaran kali ketujuh dan kelapan sebanyak AS$1.17 bilion.



Ia merupakan sambungan pembiayaan IMF untuk Pakistan di bawah program pembiayaan AS$6 bilion yang dipersetujui pada Julai 2019 yang diluluskan selepas pemerintah baru pimpinan Perdana Menteri Encik Shehbaz Sharif baru-baru ini menerima syarat IMF termasuk penyatuan fiskal dan kenaikan harga petrol.



"Program ini bertujuan menangani ketidakseimbangan di dalam dan luar negara, dan memastikan disiplin fiskal dan kemampanan hutang sambil melindungi perbelanjaan sosial, menjaga kestabilan kewangan dan mengekalkan kadar pertukaran yang ditentukan pasaran di samping membina semula penimbal luar," kata IMF dalam satu kenyataan.



"Penyambungan semula program IMF itu secara rasmi adalah langkah besar ke hadapan dalam usaha negara meletakkan ekonomi Pakistan kembali di landasan betul," kata Encik Shehbaz dalam catatan media sosial.



Ekonomi Pakistan sedang berdepan dengan inflasi dan tekanan sektor luar yang tinggi berikutan harga komoditi yang meningkat.



Unjuran ekonomi Kementerian Kewangan Pakistan juga memberi amaran mengenai kesan kritikal terhadap tanaman eksport utama, khususnya kapas yang merangkumi lebih 60 peratus eksport negara itu.



Penganalisis berkata kesannya boleh memusnahkan ekonomi Pakistan yang kini sudah pun mengalami krisis akibat kadar inflasi tinggi, susutan nilai mata wang dan defisit akaun semasa.



Banjir kilat yang dibawa oleh hujan monsun yang sangat lebat baru-baru ini telah mengurangkan potensi pengeluaran tanaman sekali gus menjejas hasil positif sektor pertanian.



Dalam masa yang sama, negara itu turut dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik yang berpanjangan, inflasi di serata dunia yang kekal tinggi, kadar faedah yang menunjukkan kecenderungan meningkat, dan dolar Amerika Syarikat yang semakin kukuh. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >