Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India gagalkan serangan ke atas pangkalan di Kashmir, kian tegang dengan Pakistan

Oct 06, 2016 | 02:32 PM



SRINAGAR: Askar India menembak mati tiga suspek militan yang cuba menyerang pangkalan tentera di utara Kashmir pada Khamis (6 Oktober), kata polis.



Ia kejadian terbaru dalam siri serangan yang telah menimbulkan ketegangan antara India dan Pakistan.



Tiga suspek militan itu ditemui dalam kebun berhampiran pangkalan tentera di daerah Kupwara berhampiran Barisan Kawalan (LoC), sempadan de facto yang membahagikan Kashmir antara dua negara itu.



Superintenden polis Ghulam Jeelani berkata mereka berbalas tembakan dengan askar sebelum berundur dari pangkal itu, yang kedua diserang dalam beberapa hari ini di utara Kashmir.



Serangan tersebut berlaku sedang India dan Pakistan saling bertembakan di LoC di Kashmir itu, mencetuskan panik di kalangan penduduk di kawasan sempadan.



Ini walaupun terdapat gencatan senjata yang dipersetujui pada 2003.



Ketegangan meningkat ketara sejak minggu lalu, apabila India mengumumkan pasukan khasnya melakukan serangan terhadap militan yang berkhemah di bahagian Kashmir yang ditadbir Pakistan dan menyebabkan kemusnahan besar.



Pakistan menafikan serangan itu berlaku tetapi berikrar akan membalas dendam terhadap sembarang pencerobohan India.



Ketegangan terbaru mengenai Kashmir antara jiran bersenjata nuklear itu tercetus selepas militan membunuh 19 askar di sebuah kem tentera India. Ia jumlah korban paling banyak dalam tempoh hampir dua dekad.



India berkata penyerang itu datang dari Pakistan tetapi Islamabad menuntut bukti.



Pada Rabu malam, militan dari Pakistan cuba tetapi gagal melintasi LoC di dua lokasi, di Nowgam dan Rampur, kata seorang jurucakap tentera India.



Seorang lagi pegawai tentera berkata: "Pasukan tentera berjaga-jaga dan menembak penyusup itu, mereka melarikan diri kembali ke Pakistan. Satu carian telah dilancarkan."



Pakistan menafikan menghantar pejuang ke Kashmir tetapi berkata ia memberi sokongan moral dan diplomatik kepada rakyat Kashmir dalam perjuangan 27 tahun mereka untuk menentukan sendiri nasib mereka.



Dua pihak itu melepaskan tembakan meriam terhadap satu sama lain di LoC di Nowshera, Pallanwala dan Mendhar semalaman, kata tentera India. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >