SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

India lanjutkan sekatan pergerakan di New Delhi hingga 7 Jun

India lanjutkan sekatan pergerakan di New Delhi hingga 7 Jun

May 31, 2021 | 5:30 AM

India lanjutkan sekatan pergerakan di New Delhi hingga 7 Jun

BEKALAN MAKANAN IHSAN: Golongan gelandangan dan pekerja bergaji rendah yang terjejas dek pandemik beratur mendapatkan bekalan makanan daripada sukarelawan di tepi jalan di ibu kota New Delhi pada 20 Mei lalu. - Foto AFP
BEKALAN MAKANAN IHSAN: Golongan gelandangan dan pekerja bergaji rendah yang terjejas dek pandemik beratur mendapatkan bekalan makanan daripada sukarelawan di tepi jalan di ibu kota New Delhi pada 20 Mei lalu. - Foto AFP -

NEW DELHI: Sekatan pergerakan Covid-19 di wilayah ibu kota India telah dilanjutkan selama seminggu lagi hingga bulan.

Namun, sekatan tersebut dilonggarkan bagi dua sektor utama, iaitu perkilangan dan pembinaan, kata pemerintah negara itu kelmarin.

"Sekatan pergerakan, yang akan berakhir hari ini akan dilaksanakan hingga 7 Jun," kata seorang jurucakap.

"Syarikat yang menyambung semula perniagaan mereka perlu mematuhi langkah keselamatan Covid-19 dan syif pekerjaan yang berbeza.

"Pekerja di tempat-tempat ini akan diuji secara rambang untuk Covid-19 oleh pihak berkuasa."

Jumaat lalu, Ketua Menteri Delhi, Encik Arvind Kejriwal, berkata Delhi berjaya menangani gelombang kedua Covid-19 dan bandar itu sekarang akan memulakan proses melonggarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur mulai minggu depan.

Namun, Encik Kejriwal menegaskan bahawa perang melawan wabak itu belum berakhir.

"Situasi Covid-19 di Wilayah Ibu Kota Nasional (NCT) Delhi sekali lagi telah dipantau dan mendapati bahawa, walaupun jumlah pesakit Covid-19 dan kadar kes positif merosot, keadaannya masih tidak menentu," menurut satu kenyataan pemerintah yang dipetik dari media tempatan.

"Oleh itu, untuk membendung penularan virus dan mematahkan rantai penularan, perintah berkurung perlu dilanjutkan selama seminggu lagi di wilayah NCT Delhi (kecuali untuk kegiatan/perkhidmatan penting), sambil membolehkan pembukaan semula aktiviti terlarang tertentu di secara bertahap di kawasan di luar zon penahanan untuk kesejahteraan keseluruhan warga NCT Delhi."

Pada Jumaat lalu, Delhi mencatatkan 1,141 kes Covid-19 baru dan 139 kematian berkaitan, menurut kementerian kesihatannya.

India sedang menyaksikan kebangkitan semula kes-kes Covid-19 dan gelombang kedua wabak ini menimbulkan cabaran bagi negara itu.

Sehingga semalam, India mencatatkan sebanyak 27.7 juta kes Covid-19. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg