BENGALURU: India mungkin beroleh sebanyak 10 juta dos vaksin Covid-19 sehari pada Julai dan Ogos ini, berbanding kurang tiga juta sekarang, kata pemerintah India, yang cuba mengurangkan kebimbangan ramai tentang kekurangan bekalan dan salah pengurusan program inokulasi.
Negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu menghadapi penularan jangkitan yang sangat buruk sejak April dan pakar kesihatan berkata satu cara untuk mengelak penularan adalah dengan mengadakan program vaksinasi secara besar-besaran ke atas 1.3 bilion penduduknya.