Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

India rekod lebih 400,000 kes baharu Covid-19

May 02, 2021 | 05:30 AM

NEW DELHI: India semalam mencatatkan lebih 400,000 kes Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam untuk pertama kalinya - negara pertama yang melakukannya dalam pandemik ini, berdasarkan data rasmi.

Menurut kementerian kesihatan negara itu, sebanyak 401,993 jangkitan baru didaftarkan dengan jumlah kes keseluruhan menjadi 19.1 juta.

Terdapat 3,523 kematian, menjadikan jumlah korban di India kepada 211,853 orang.

Pakar-pakar mengesyaki bahawa memandangkan ujian kurang dijalankan dan rekod punca kematian yang tidak tepat, jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Pihak berkuasa India mengurangkan pengawalan mereka pada awal tahun ini setelah jangkitan turun di bawah 10,000 setiap hari, dan telah mengurangkan sekatan bagi kebanyakan aktiviti.

Perhimpunan keagamaan besar-besaran seperti Kumbh Mela telah menarik jutaan jemaah Hindu, dan demonstrasi politik dibenarkan untuk diteruskan walaupun jumlah kes mulai meningkat serius pada akhir Mac.

Setiausaha Ehwal Luar India, Encik Harsh Vardhan Shringla, pada Khamis lalu berkata Singapura merupakan diantara negara yang tampil membantu dengan menyumbang hampir 550 mesin penghasil oksigen, 4,000 pemekat oksigen, 10,000 balang oksigen, serta ubat-ubatan seperti ubat antivirus 'remdesivir' dan 'favipiravir'.- Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3