Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India timbang cukai import atas minyak makan dari luar negara

Jun 09, 2020 | 03:30 PM



NEW DELHI/MUMBAI: India sedang mempertimbangkan untuk menaikkan cukai import ke atas minyak makan yang dibawa masuk dari luar negara.



Ini sedang negara itu berusaha untuk lebih berdikari dalam pengeluaran minyak makan tempatan dengan bantuan pendapatan cukai, kata dua pemerintah dan dua pegawai industri kepada agensi berita Reuters. 



Kenaikan cukai dapat mengekang pembelian pengimport minyak sayuran terbesar di dunia dan memberi tekanan ke atas minyak sawit Malaysia, bersama dengan harga minyak soya dan bunga matahari, sambil menaikkan harga tempatan bagi rapa (oilseed), kacang soya dan kacang tanah. 



"Kami sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan beberapa cukai ke atas minyak makan. Sekiranya kami memutuskan untuk membiayainya, dana itu akan digunakan untuk meningkatkan produksi di negara ini,” kata seorang pegawai pemerintah, yang tidak ingin dikenali. 



Seorang pegawai pemerintah lain dan satu sumber industri mengatakan cukai itu boleh dinaikkan sebanyak 5 peratus, tetapi keputusan itu belum diambil. 



India pada masa ini mengenakan cukai import sebanyak 37.5 peratus dan 45 peratus ke atas minyak sawit mentah dan halus. 



Import minyak kacang soya mentah, minyak bunga matahari mentah dan minyak rapa menarik 35 peratus cukai import.



Kementerian Perdagangan tidak segera mengulas bila diminta pihak media. 



India membelanjakan sekitar $10 bilion ($13.89 bilion) setiap tahun untuk import minyak makan sedang kebergantungan negara pada pembelian luar negara telah meningkat kepada 70 peratus berbanding 44 peratus pada tahun 2001/02. 



Langkah terbaharu ini adalah sebahagian dari desakan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi untuk mengurangkan kebergantungan India terhadap import dan mengumpulkan wang tunai untuk menyokong pengeluaran tempatan. 



Pemerintah India meminta pandangan industri mengenai bagaimana untuk mengekang import minyak makan, kata Encik B.V. Mehta, pengarah eksekutif Persatuan Pelarut Pelarut India (SEA). 



"Kami telah menyarankan berbagai langkah untuk meningkatkan produksi minyak rapa," kata Encik Mehta, sambil menambah badan perdagangan itu menyarankan bagi kenaikan cukai import dan menggunakan wang itu untuk mempopularkan perkebunan rapa di India utara yang subur, di mana petani lebih memilih beras dan gandum. 



Di India, rapa, kacang soyai dan bunga matahari selalunya ditanam di daerah yang sering hujan, sementara petani dengan pengairan yang selamat memilih gandum dan padi yang dibeli oleh pemerintah dari mereka dengan harga yang ditetapkan untuk skim kesejahteraan awam. 



India setiap tahun mengimport sekitar 15 juta tan minyak makan, termasuk lebih 9juta tan minyak sawit dan kira-kira 2.5 juta tan minyak soya dan bunga matahari. 



Ia membeli minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia dan minyak lain, seperti minyak soya dan bunga matahari, dari Argentina, Brazil, Ukraine dan Rusia. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >