Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Dunia0

Indonesia akan pulangkan 210 tan sampah ke Australia

Jul 10, 2019 | 09:02 AM

JAKARTA: Indonesia akan memulangkan lebih 210 tan sampah ke Australia ketika beberapa negara di Asia Tenggara mula ‘menutup pintu’ untuk menjadi ‘tuan rumah’ kepada sisa buangan negara asing.

Lapan kontena yang dirampas di Surabaya itu sepatutnya mengandungi kertas skrap bersih, namun turut mengandungi bahan berbahaya dan sisa isi rumah termasuk botol plastik dan pembalut, lampin pakai buang, sisa elektronik dan tin minuman, kata jurucakap agensi kastam Jawa Timur kepada AFP.

Susulan pemeriksaan itu, kementerian alam sekitar Indonesia menyarankan sisa berkenaan di eksport semula, kata agensi berkenaan dalam satu kenyataan berasingan semalam.

“Langkah ini diambil bertujuan melindungi orang awam dan alam sekitar Indonesia terutamanya Jawa Timur daripada sisa B3 yang merujuk kepada bahan berbahaya dan bertoksik.”

Menurut pihak berkuasa, sisa itu dihantar ke Indonesia oleh syarikat Oceanic Multitrading Australia dibantu PT MDI, Indonesia.

Berita Popular

Malaysia baru-baru ini bertindak memulangkan semula 450 tan sisa buangan plastik import ke negara asal termasuk Australia, Bangladesh, Kanada, China, Jepun, Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).

China yang sebelum ini menerima sampah plastik dari seluruh dunia, mula menutup pintu terhadap negara asing bermula tahun lalu sebagai sebahagian usaha membersihkan alam sekitar mereka. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map