JAKARTA: Indonesia dalam persiapan melarang perdagangan daging binatang peliharaan dan eksotik, bertujuan mempromosikan kebajikan haiwan dan membendung penyakit, kata pegawai hari ini.
Keputusan itu disambut baik aktivis hak haiwan.
Penduduk di sebahagian wilayah negara itu diketahui memakan daging anjing dan kerajaan berhadapan tekanan daripada aktivis haiwan untuk menangani isu itu.
“Daging anjing bukan makanan, menurut undang-undang makanan kami,” kata pengarah kesihatan awam veterinar di Kementerian Pertaniah, Syamsu Ma’arif, menambah pihaknya masih mengumpulkan bahan untuk menyokong peraturan itu.
Beliau tidak memberikan garis masa ia akan dikeluarkan atau bila akan berkuat kuasa.
Tiada data mengenai jumlah daging anjing yang dimakan di Indonesia, tetapi penyelidikan pada 2015 oleh kementerian menunjukkan 730,000 anjing dibawa masuk ke Jakarta dari Jawa Barat setiap tahun untuk dimakan.
Secara perbandingan, Vietnam memakan lima juta anjing setiap tahun, kata Pakatan Perlindungan Anjing Asia.
Kumpulan hak haiwan memuji tindakan itu dan turut menggesa perdagangan daging haiwan peliharaan.
“Adat berkembang dan pergerakan seluruh negara menggesa larangan perdagangan adalah bukti Indonesia sedia mengharamkan perdagangan daging anjing ke dalam buku sejarah,” kata penyelaras pertubuhan Indonesia Bebas Daging Anjing, Lola Webber. — Reuters