JAKARTA:Penerbangan ulang-alik ke Bali dibatalkan oleh Indonesia selepas Gunung Agung meletus lewat Jumaat (24 Mei).
“Buat masa ini, penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai telah dibatalkan,” kata pengarah agung penerbangan awam Cik Polana Pramesti, membuat pengumuman itu menerusi laman Twitter kementeriannya.
“Kami akan terus berkongsi perkembangan terkini mengenai letusan Gunung Agung,” tambah beliau.
Penerbangan yang terjejas termasuk empat penerbangan ke Bali pada Sabtu dan lima yang dijadual berangkat dari pulau itu.
Letusan Gunung Agung ialah yang terkini dalam siri letusan sejak beberapa bulan lalu, yang memuntahkan abu ke angkasa di bahagian Selatan pulau itu, di mana lapangan terbang berada, kata jurucakap Agensi Perudingan Bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho.
Gunung berapi itu memuntahkan lahar sejauh tiga kilometer, dan sembilan kampung diselubungi abu tebal.
Agensi itu berkata letusan itu berlarutan selama empat minit 30 saat.
Namun ia tidak akan mempertingkat kadar kecemasan bagi gunung berapi itu, dengan zon pengecualian berkekalan di kawasan empat kilometer dari kawahnya.