Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia bebaskan 8 orang yang S'pura hantar pulang

Jan 13, 2017 | 03:40 PM



JAKARTA: Lapan warga Indonesia yang ditahan bagi disoal siasat atas syak ada kaitan dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia.



Kumpulan itu mulanya ditahan oleh pegawai imigresen di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa (10 Jan), selepas gambar "bom kasut" ditemui dalam telefon pintar ketua kumpulan itu, yang dikenal pasti polis dengan singkatan REH.



Jurucakap polis Kepulauan Riau, Encik Saptono Erland, berkata pada Jumaat bahawa lelaki berusia antara 16 dan 37 tahun itu dibebaskan pada Khamis selepas disoal siasat lebih 24 jam oleh pegawai unit polis antipengganasan Indonesia, Detachment 88 (Densus 88)



"Kumpulan itu telah pulang ke Padang, Sumatera Barat, selepas kami melakukan semakan silang dengan polis serantau Sumatera Barat, yang mengesahkan mereka, termasuk guru itu (REH) dan pelajar beliau, dari sekolah berasrama Darul Hadith Islam di Bukit Tinggi," katanya.



Encik Saptono berkata Densus 88 serta para pegawai perisikan wilayah juga memastikan mereka, yang mula-mula dihantar pulang dari Singapura ke Malaysia dan seterusnya dihantar ke Kepulauan Riau pada Selasa, tidak ada kaitan dengan ISIS.



Kumpulan itu pergi Thailand dan Malaysia dalam tempoh tujuh hari sebelum ke Singapura pada Selasa.



Kementerian Elwah Dalam Negeri Singapura mengesahkan pada Khamis mereka dihantar pulang ke Malaysia kerana salah seorang daripada mereka memiliki "imej menimbul kebimbangan keselamatan", termasuk satu gambar bom kasut dan satu gambar pejuang ISIS.



Ketua Polis Kepulauan Riau, Jeneral Sam Budigusdian, berkata kumpulan itu meninggalkan Padang pada 3 Jan dan terbang ke Kuala Lumpur untuk berdakwah di Bukit Jalil.



Mereka kemudian pergi melalui jalan darat ke masjid-masjid di Melaka dan Perlis dan ke Pattani, di selatan Thailand, pada 7 Jan, sebelum tiba di Woodlands dari Johor pada kira-kira 1 pagi.



Jeneral Sam berkata penyiasat Malaysia membuat kesimpulan kumpulan itu tidak menerima ideologi ISIS dan REH, 37 tahun, memuat turun imej terlarang itu ke dalam telefon pintarnya daripada sebuah kumpulan WhatsApp, yang beliau kini telah tinggalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >