Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Indonesia bebaskan warga Australia dari penjara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indonesia bebaskan warga Australia dari penjara

Feb 10, 2014 | 05:14 PM

KEROBOKAN (Bali): Warga Australia yang didapati bersalah menyeludup dadah pada 2004, Schapelle Corby, telah dibebaskan oleh pemerintah Indonesia dari penjara pulau peranginan itu semalam.

Corby, 36 tahun, keluar dari penjara dengan melindungi wajahnya dari puluhan jurugambar yang cuba merakam dirinya setelah lebih sembilan tahun meringkuk dalam penjara, sebelum dibawa menaiki sebuah bas mini untuk menemui beberapa pegawai pemerintah.

Dia kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ke sebuah resort dan spa mewah di Seminyak.

Di bawah parol itu - yang diumumkan Menteri Keadilan Indonesia, Encik Amir Syamsuddin, pada Jumaat lalu - Corby dikehendaki berada di Indonesia sehingga 2017.

Dia dijangka akan menetap bersama saudara perempuannya, Mercedes, yang bersuamikan seorang warga Bali. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3