Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia berjaga-jaga militan rancang racun polis, askar

Feb 17, 2016 | 08:44 AM



JAKARTA: Indonesia menjangka segala bentuk serangan pengganasan, termasuk penggunaan sianida untuk meracun anggota tentera dan polis, kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Panjaitan.


"Kami telah menimbangkan pelbagai bentuk ancaman dan kami bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan (berlaku keracunan sianida)," ujar Encik Luhut kepada wartawan di Jakarta pada Selasa (16 Feb), lapor akhbar The Straits Times.


Kenyataan beliau dibuat sehari selepas ketua polis negara, Jeneral Badrodin Haiti, berkata polis telah mendapat perisikan bahawa beberapa militan merancang meletak racun sianida dalam makanan untuk diberi kepada pegawai polis dan anggota tentera.


Dalam satu kenyataan baru-baru ini yan g dihantar kepada semua ketua polis daerah di seluruh Indonesia, Jeneral Badrodin menegaskan pejabat polis perlu mengeluarkan peringatan tetap bagi kakitangan mereka tentang rancangan terbocor kumpulan militan mahu menggunakan pakej makanan yang campurkan dengan sianida.


Militan itu, kata Jeneral Badrodin, mendapat idea tersebut daripada pembunuhan Cik Mirna Salihin, 27 tahun, yang dilaporkan meluas, yang meninggal dunia tidak lama selepas minum kopi ais yang rakannya beli di sebuah kafe awal bulan lalu.


Polis kemudian mendapati minuman itu mengandungi sianida.


Rakan beliau, Jessica Kumala Wongso, seorang penduduk tetap dari Australia berusia 27 tahun, telah dikenakan dakwaan bunuh, tetapi dia menafikannya.


Jeneral Badrodin berkata kumpulan militan menyasarkan anggota polis dan tentera, terutamanya yang terlibat dalam serbuan dan kegiatan antipengganasan.


Militan di Indonesia semakin menyasarkan polis disebabkan tindakan keras keselamatan telah menggangu keupayaan mereka melancarkan serangan berkesan terhadap sasaran Barat.


Antara 2005 dan 2009, 12 pegawai polis dibunuh dan 19 dicederakan pengganas. Jumlah itu bertambah antara 2010 hingga 2014 kepada 25 mati dan 48 cedera, menurut seorang penganalisis penganasan, Adhe Bhakti, dari Pusat Pengajian Radikalisme dan Nyahradikal.


Pada 2012, seorang teknisyen komputer, Santhanam, yang menjadi radikal selepas menonton filem dan buku mempromosikan ideologi ganas, melancarkan misi meracuni pegawai polis.


Kumpulannya memilih beberapa sasaran, termasuk sebuah gerai penjaja tepi jalan di luar sebuah balai polis di kawasan Kemayoran di Jakarta Pusat. Santhanam bersama seorang rakannya ditahan kerana meletakkan sianida dalam pasu cili di gerai penjaja itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >