Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia hampir meterai perjanjian dengan AstraZeneca, Pfizer bagi 100 juta dos vaksin Covid-19

Dec 29, 2020 | 10:18 PM



JAKARTA: Indonesia hampir memperolehi sejumlah 100 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal besar AstraZeneca dan Pfizer, kata Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, pada Selasa (29 Disember).



Menjelaskan demikian di sidang akhbar rasminya yang pertama, Menteri Kesihatan baru Indonesia itu berkata, negara itu dalam rundingan akhir bagi mencapai persetujuan dan dijangka memeterai perjanjian dengan pengeluar ubat-ubatan Britain-Sweden itu minggu ini.



Kontrak akan ditandatangani pada minggu pertama Januari bagi vaksin Pfizer-BioNTech.



Vaksin AstraZeneca pula akan dikirimkan secara beransur-ansur mulai suku kedua tahun depan manakala vaksin daripada firma farmaseutikal Pfizer akan dikirimkan ke Indonesia mulai suku ketiga 2021, jelas Kementerian Kesihatan.



Sebelum ini, Indonesia telah memperolehi 125.5 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat biofarmaseutikal Cina Sinovac dan 50 juta dos daripada pengeluar ubat-ubatan Amerika, Novavax.



Sekitar 1.2 juta dos vaksin Sinovac yang pertama mendarat di Jakarta pada 6 Disember lalu dengan 1.8 juta dos lagi dijadualkan sampai pada Januari tahun depan. Vaksin Novavax dijadualkan dikirimkan mulai Jun 2021.



"Bagi memastikan keselamatan bekalan vaksin ini, kami telah memperolehinya daripada empat sumber bekalan," kata Encik Budi di sidang media yang distrim langsung menerusi YouTube dari Istana Presiden.



Indonesia juga bakal menerima beberapa juta dos vaksin percuma daripada  sekutu vaksin sejagat yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gavi, pada suku kedua tahun depan.



Negara ini memerlukan sekitar 426 juta dos vaksin Covid-19 tetapi Encik Budi berkata ia mungkin berupaya menggandakan bekalan vaksin daripada firma farmaseutikal kepada 660 juta dos.



Indonesia sedang melawan penularan wabak koronavirus paling dahsyat di Asia Tenggara. Sehingga Selasa, virus ini telah membunuh lebih 21,000 penduduk dan menjangkiti lebih 727,000 orang. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >