Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia kecam tindakan China dalam insiden tangkap ikan

Mar 22, 2016 | 07:44 AM



JAKARTA: Ketegangan tercetus antara Indonesia dan China pada Isnin (21 Mac) berikutan insiden melibatkan sebuah kapal China yang didakwa menangkap ikan secara haram berhampiran perairan yang dipertikai di Laut China Selatan.



Indonesia menyampaikan kata-kata tegas kepada Duta China di Jakarta, yang dipanggil ke Kementerian Luar pada Isnin apabila Indonesia mencatat bantahannya terhadap tindakan pengawal pantai China.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata kapal pengawal pantai China melanggar hak kedaulatan Indonesia apabila ia secara paksa menghalang pihak berkuasa maritim tempatan menahan bot nelayan berhampiran Natuna hujung minggu lalu.



China, bagaimanapun, menegaskan dalam satu kenyataan bahawa bot nelayan itu "berada dalam kawasan menangkap ikan tradisional China" sebelum ia "diserang dan diganggu oleh kapal tentera Indonesia", menyebabkan pengawal pantainya campur tangan.



Ia juga menuntut pembebasan lapan kru warga China yang ditahan oleh pasukan petugas maritim Indonesia, lapor akhbar The Straits Times.



Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Cik Susi Lahat, berkata "kawasan menangkap ikan tradisional China" tidak diiktiraf di bawah sembarang perjanjian antarabangsa atau undang-undang maritim, dan mengancam akan membawa pertikaian maritim terkini dengan China itu ke mahkamah antarabangsa.



"Indonesia selama bertahun-tahun mencari dan menggalak keamanan di Laut China Selatan, tetapi dengan kejadian semalam kami rasa terganggu dan disabotaj dalam usaha kami," katanya.



Insiden terbaru itu berlaku ketika ketegangan memuncak di rantau ini disebabkan tuntutan bertindih wilayah Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan.



China dan Indonesia bersetuju sebelum ini bahawa Kepulauan Natuna dan perairan di sekelilingnya sebahagian daripada Indonesia.



Kuasa usaha perdagangan dan timbalan duta China ke Indonesia, Encik Sun Weide, berusaha menenangkan keadaan dengan berkata "China sentiasa bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk menyelesaikan pertikaian ini melalui rundingan dan dialog".



Campur tangan sama oleh kapal Cina pernah berlaku pada 2013. Ketika itu, bot peronda China, Nanfeng, dapat merampas sebuah kapal China yang ditahan oleh kapal Indonesia, Hiu Macan 01, di perairan Natuna.



Sebagai respons kepada kejadian itu, timbalan ketua tentera laut, Laksamana Madya Arie Henrycus Sembiring, berkata Indonesia akan menambah bilangan kapal yang memantau perairan di pinggir selatan Laut China Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >