Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia kerah kapal perang hantar bantuan kepada mangsa jerebu

Oct 26, 2015 | 05:39 PM



JAKARTA: Indonesia telah mengerahkan tiga kapal perang, dengan lebih banyak kapal lagi dalam keadaan bersiap sedia, untuk mengirim pelitup, khemah dan bekalan ubat-ubatan kepada ribuan penduduk yang terjejas dengan kerebu, menurut pegawai bertugas, hari ini.


Selama hampir dua bulan, ribuan kebakaran dicatatkan akibat pertanian secara 'tebang dan bakar' yang dilakukan di Indonesia sehingga kabut menyelimuti sebahagian besar kawasan Asia Tenggara, memaksa sekolah ditutup dan penerbangan terpaksa digantung dan beberapa acara antarabangsa terpaksa dibatalkan.


Tiga kapal perang telah tiba di Kalimantan - kawasan Indonesia yang paling teruk terjejas - dan membawa keperluan yang amat diinginkan penduduk dan pegawai perubatan.


Jurucakap tentera Indonesia, Encik Tatang Sulaiman berkata, rancangannya adalah untuk membina tempat teduh sementara yang dilengkapi alat pembersih udara dan katil, jauh dari bandar yang teruk diselimuti jerebu, dan kapal juga boleh bertindak sebagai pusat pemindahan mangsa, jika diperlukan.


"Kapal perang kami sedia untuk memindahkan penduduk, sama ada ke tempat perlindungan sementara ataupun ke atas kapal. Kami bersedia untuk itu," ujarnya yang ditukil agensi berita, AFP.


"Kanak-kanak dan mereka yang hidap penyakit pernafasan kronik akan dipindahkan dahulu," ujarnya.


Tiga lagi kapal akan dipersiapkan dan sedia dikerahkan ke Kalimantan atau Sumatra Selatan, sementara lima lagi akan juga dikerahkan jika diperlukan.


Pemerintah telah mengerahkan kira-kira 30 pesawat untuk melawan api dan melakukan pembenihan awan, dengan 22,000 anggota berada di lapangan untuk melawan kebakaran, yang merupakan antara terburuk di dunia.


Agensi bencana Indonesia menyatakan, api daripada kesan 'tebang dan bakar' di Kalimantan dan Sumatra telah meragut 10 nyawa sejauh ini, ada diantaranya meninggal dunia semasa sedang melawan api dan lainnya disebabkan pencemaran udara.


Pihak agensi menganggarkan sekurang-kurangnya setengah juta orang telah mengalami masalah pernafasan sejak kebakaran mula berlaku pada Julai lalu dan 43 juta orang telah terjejas di pulau-pulau di Sumatra dan Kalimantan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >