Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lakar keutamaan sebagai presiden G20

Nov 27, 2021 | 10:45 PM



INDONESIA yang akan menerajui kepimpinan sebagai presiden di sidang Kumpulan 20 (G20) pada 1 Disember telah melakarkan tiga keutamaan untuk dibincangkan kumpulan yang termasuk ekonomi terbesar dunia.



Keutamaan itu adalah kesihatan global, peralihan tenaga dan transformasi digital, lapor akhbar The Straits Times.



Mendedahkan demikian di sidang media asing pada Jumaat (26 November), Menteri Ehwal Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata mesyuarat 'sherpa' pertama pada 7 dan 8 Disember akan menetapkan agenda kepresidenan itu, menjelaskan mesyuarat yang dirancang dan mula mengusahakan isu yang boleh dilaksanakan.



'Sherpa' adalah kekata yang digunakan bagi merujuk pada wakil peribadi seorang ketua negara atau pemerintah yang menyiapkan sidang puncak antarabangsa.



 "Indonesia berbesar hati dapat memegang kepresidenan bagi G20 untuk 2022 ini. Kami akan bekerja segigih yang boleh untuk menggalas amanah ini dan membawa manfaat bukan sahaja kepada G20 tetapi buat negara membangun dan kurang membangun juga," tambah Cik Retno.



Hampir 21,000 wakil asing dijangka menghadiri 150 mesyuarat di 19 kota merata Indonesia sepanjang tempoh setahun Indonesia menjadi Presiden G20. Jumlah ini akan dihadkan dalam sidang puncak pemimpin di Bali pada Oktober.



Menteri Penyelaras bagi Ehwal Kelautan dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, yang turut hadir di taklimat Jumaat lalu pula berkata menjadi tuan rumah G20 menandakan pengiktirafan, pengaruh dan kuasa global Indonesia yang meningkat.



Ia akan menyumbang banyak pada pemulihan pasca pandemik Indonesia, memperkasa pelancongan setempat, mempromosikan produk dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta memaparkan inisiatif negara terhadap pembangunan mampan seperti peralihan ke arah tenaga yang boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik, kata Encik Luhut.



Beliau juga berkata Indonesia akan menuil minat global bertambah terhadap Indonesia dengan mewujudkan peluang pelaburan sejajar dengan matlamat pembangunan nasional.



"Kita mesti menuil momentum yang ada kini untuk membuka potensi Indonesia dan mempromosikan kemajuan perkembangan kita pada dunia," jelasnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >