Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Indonesia lancar 'dialog strategik', kerjasama termasuk dalam isu Laut China Selatan

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, mengumumkan pelancaran 'dialog strategik' bersama Indonesia kelmarin, dengan Washington mengatakan kededua negara beriltizam bekerjasama dalam beberapa isu, termasuk mempertahan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.



Bertemu di Washington, Encik Blinken dan Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, juga komited bekerjasama memerangi Covid-19 dan krisis iklim serta mempertingkat hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala, kata Jabatan Negara.



Indonesia negara dan ekonomi terbesar dalam Asean, yang mempunyai 10 negara anggota Asean, sebuah blok serantau yang dilihat Washington sebagai penting kepada usahanya membendung pengaruh China yang semakin meningkat di Asia.



Dua belah pihak itu bersetuju menjalin 'kerjasama strategik' pada 2015, namun Encik Blinken, dengan Cik Retno berdiri di sebelahnya, memberitahu wartawan dialog itu sebenarnya baru saja dimulakan.



"Indonesia rakan demokratik kuat bagi Amerika Syarikat; kami bekerjasama dalam banyak bidang berlainan," katanya, sambil menambah bahawa Washington menghargai "suara kuat" Jakarta dalam Asean.



Cik Retno berkata kepada Encik Blinken bahawa perkongsian kuat dengan Indonesia akan menjadi "aset utama untuk meningkatkan keterlibatan anda (Amerika) di rantau ini."



Beliau menambah bahawa Amerika salah satu rakan penting Asean dalam melaksana hala tuju Indo-Pasifiknya.



"Menjadi harapan saya, dan juga pemerintah Indonesia, memajukan hubungan dua hala bersama Amerika, daripada bidang kesihatan kepada matlamat pembangunan mapan, daripada pendidikan kepada ekonomi, dan seterusnya," katanya.



Satu kenyataan Jabatan Negara mengenai pertemuan itu mengatakan mereka juga membincangkan langkah pemulihan pandemik Covid-19.



Encik Blinken menyatakan Washington telah menyumbang lapan juta dos vaksin kepada Indonesia, dan dua negara itu juga bekerjasama untuk mendapatkan oksigen dan terapi.



Cik Retno dan Encik Blinken juga "menyatakan pandangan bersama mengenai keamanan maritim" dan komitmen "mempertahan kebebasan laluan perkapalan di Laut China Selatan, dan terus bekerjasama dalam keamanan siber dan mencegah jenayah siber," kata kenyataan itu lagi.



Kenyataan itu menambah bahawa Encik Blinken memuji usaha Indonesia menyokong rundingan damai Afghanistan dan menekankan pentingnya mengembalikan jalan ke arah demokrasi bagi negara anggota Asean Myanmar.



Mengenai isu iklim, dua pihak itu "membincangkan peluang bagi Indonesia meningkatkan matlamat iklimnya," katanya tanpa memberi sebarang perincian.



Pertemuan itu dilakukan sebelum Encik Blinken menyertai satu pertemuan maya dengan Asean, yang beberapa anggotanya terlibat dalam tuntutan bertindih ke atas beberapa kawasan Laut China Selatan dengan China.



Encik Blinken dijadual menyertai pertemuan selama seminggu dengan rakan-rakan serantau, sebagai sebahagian usaha Amerika menunjukkan ia serius mahu berdamping dengan negara di Asia Tenggara untuk menangani pengaruh China. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >