Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lancar misi cari kapal selam hilang dengan bantuan S'pura, Australia

Apr 21, 2021 | 08:45 PM



JAKARTA: Tentera laut Indonesia sedang mencari kapal selam yang hilang dengan 53 orang pada Rabu (21 April) di samping mendapatkan bantuan negara jiran, Australia dan Singapura, dalam misi pencarian tersebut, jelas ketua tentera Indonesia kepada agensi berita Reuters.



Kapal selam Jerman, KRI Nanggala-402 itu, sedang menjalankan latihan torpedo di perairan utara pulau Bali tetapi gagal memberi hasil yang dijangka, jelas jurucakap tentera laut itu.



"Kami masih lagi mencari 53 individu yang terbabit di kawasan perairan Bali, sekitar 96 kilometer daripada pulau ini," kata ketua tentera Hadi Tjahjanto dalam pesanan teksnya kepada Reuters.



Beliau mengesahkan bantuan bagi mencari kapal selam dan kru kapal yang hilang telah diperolehi daripada Australia dan Singapura. Hubungan dengan kapal itu pula terputus sekitar 4.30 pagi Rabu.



Katanya, terdapat 53 kru kapal yang dipercayai berada di dalam kapal yang terbenam pada paras lautan sedalam 700 meter itu.



"Benar, KRI Nanggala-402 terputus hubungan sejak awal pagi sekitar 3 pagi. Tentera laut kini sedang mencarinya. Kami tahu dan biasa dengan kawasan ini tetapi ia agak dalam," jelas Laksamana Pertama Julius Widjojono.



Kapal selam seberat 1,395 tan ini dibina di Jerman pada 1978, mengikut keterangan yang diberi dalam laman sekretariat Kabinet Indonesia. Ia melalui proses pasang pulih selama dua tahun di Korea Selatan yang tamat pada 2012.



Sebelum ini, Indonesia mengendalikan 12 kapal selam yang dibeli dari Soviet Union untuk memantau perairan di gugusan pulau-pulau ini. Namun, ia kini hanya memiliki lima kapal selam termasuk dua yang dibangunkan di Jerman (Type 209) dan tiga kapal selam baru dari Korea Selatan.



Indonesia in the past operated a fleet of 12 submarines purchased from the Soviet Union to patrol the waters of its sprawling archipelago.



Indonesia pula berusaha mempertingkat keupayaan pertahanannya tetapi beberapa peralatan yang masih digunakan sudah usang. Sejak beberapa tahun lalu pula, wujud kemalangan yang mengorbankan nyawa khususnya melibatkan pesawat pengangkutan tentera yang sudah usang. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >