Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lancar usaha cari CVR Lion Air

Jan 08, 2019 | 01:35 PM



JAKARTA: Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion Air yang terhempas ke Laut Jawa akhir Oktober lalu.



Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, jika keadaan cuaca mengizinkan, kapal pencarian itu akan berlepas hari ini.



Nahas itu, yang pertama membabitkan pesawat Boeing Co, 737 MAX, mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.



Minggu lalu, penyiasat berkata, mereka bercadang menggunakan kapal tentera laut untuk mencari ‘kotak hitam’ kedua pesawat selepas usaha pencarian 10 hari dibiayai Lion Air gagal menemui CVR itu.



Sumber KNKT berkata, pasukan itu memiliki tempoh tujuh hari menggunakan kapal KRI Spica untuk mencari CVR, yang mungkin memiliki petunjuk penting siasatan terhadap tindakan juruterbang pesawat malang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >