Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25
Dunia

Indonesia lapor penularan baru demam babi yang bunuh hampir 3,000 babi

Feb 28, 2020 | 02:50 PM

JAKARTA: Indonesia mengetatkan sekatan ke atas pengangkutan babi dan produk babi selepas hampir 3,000 haiwan itu mati dalam penularan baru demam babi Afrika di wilayah berdekatan sempadan Timor Timur, kata kementerian pertanian pada Jumaat (28 Februari).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata sehingga Khamis, 2,825 babi dilaporkan mati di lima daerah di Nusa Tenggara Timur.

Sekatan itu juga akan dikuat kuasa di sepanjang sempadan dengan Timor Timur, di mana kes telah dilaporkan sejak lewat September.

Kementerian itu telah menghantar pasukan untuk menentukan sumber jangkitan, menjalankan pembasmian kuman dan mengetatkan langkah keselamatan bio.

Demam babi Afrika tidak berbahaya kepada manusia tetapi ia cepat menular dan membawa maut di kalangan babi. - Reuters.